Thursday, October 31, 2013

31 Oktober 2013. Motor besar boleh terbang, komik dan letupan kereta.

31 Oktober 2013. Motor besar boleh terbang, komik dan letupan kereta.

Aku tidak berapa ingat permulaan mimpi ini tapi ia ada kaitan dengan penggunaan motor yang boleh terbang.  Aku menunggang motor besar dan aku secara tidak sengaja aku bertemu dengan seorang penunggang yang boleh mengubah suai sesuatu motor untuk terbang (A). (dah macam cerita Harry Potter pulak cuma motor ni jenis motor besar macam Fat Boy Harley Davidson). Aku ikut A ke sebuah kawasan tinggi dan ada rumah jenis menara peninjau berwarna hijau coklat. A tunjukkan kepada aku bagaimana dia boleh jadikan motonya terbang, dan lebih dari itu dia dapat menghasilkan perlindungan automatik yang boleh menjadikan motornya kelihatan seperti sebuah kereta merah tanpa tayar yang boleh terbang di ruang udara. Akhirnya A bersetuju untuk membantu aku mengubah suai motorku dan aku kena lalui ujian untuk menerbangkan motor tersebut seperti penggunaan runway yang pendek. Beberapa kali aku menunggang hanya untuk sampai ke penghujung runway tersebut. akhirnya aku berjaya 'menerbangkan' motor tersebut merentasi angkasa dengan kemahiran seorang pilot, siap dengan pemerhatian terhadap kelajuan angin dan lain-lain.

Aku rasa cukup penat kerana terpaksa menempuh awan awan besar.  Aku sepatutnya terbangkan motor lebih tinggi di aras stratosphere tapi sebab ini kali pertama, aku dapat menerbangkannya di aras tratosphere (aku dah tak ingatlah ejaannya).

Kemudian aku menumpang singgah sekejap di sebuah rumah lama di Bandar Maharani (berhadapan dengan Jambatan Muar). Dipendekkan cerita ia adalah sebuah gedung komik.  Terdapat ramai orang datang berpasangan dan membawa pelbagai sepanduk yang mempunyai kesan unik iaitu bentuk belon pecah yang berwarna biru dan putih datang dan letakan sepanduk-sepanduk tersebut di pintu masuk sebelum berjalan masuk mencari komik.  Aku tengok ada banyak komik di dalam bahasa asing, dan aku tercari-cari komik kegemaran aku seperti Jengking Merah, Dewata Raya atau mungkin Doremon dalam bahasa Malaysia tapi tuan punya gudang komik ini kata komik itu tak ada. Aku mula rasa jengkel, dan terus masuk ke dalam sebuah bilik.

Aku nampak ada B dan C yang aku kenali dari kota besar. Aku ada jumpa A, tetapi A nampak sibuk dan kelihatan ada sekeping kertas yang memerlukan tandatangannya di sebuah meja.  Aku berjalan lagi dan ternampak B sedang menemuramah seseorang dan menyemak sijil-sijil akuannya

Aku nampak ada sebuah meja dan aku duduk di hadapan C. C tiba-tiba bangun dan menyambut seseorang yang memakai cermin mata dan berjalan laju ke arahku
Aku ingatkan adalah sebenar-benar pengarah kanan, aku pun bangun, rupanya ia adalah satu 'rehearsal'..aku pun meninggalkan kedua-dua orang ini dan meja untuk mencari A kembali.

Dalam pengamatanku dari satu ruang tamu ke ruang tamu yang lain rupanya banglo besar putih itu...adalah sebuah istana hinggap.

Aku mencari A keluar dan seorang anggota anggota lain-lain pangkat memakai baju yang memberi tabik kepada aku dan menunjukkan arah.  aku pun berjalan kaki melintasi padang kecil sebelum melihat sekumpulan keluarga tentera dan mungkin bersama jiran-jiran sedang mengadakan masak-me.masak (kenduri kecil mungkin) dan aku menghentikan langkah ku untuk cuba mengagak dan mendengar sesuatu

Secara tiba tiba..KEBABOOOMMMMMM..satu letupan kereta berlaku di hadapan ku, tapi aku tidak nampak apa dan di mana.  Aku lihat ada seseorang melarikan diri dengan kereta hitam berplatekan 'KA24M'.

Suasana jadi hingar bingar.

Anggota dari lain-lain pangkat tadi kelihatan tidak lagi memakai baju No 1nya (mungkin ia terbakar) nampak teresak-esak dan menunjukkan jari ke arah kereta yang melarikan diri itu dan aku lari masuk ke dalam istana untuk memberitahu orang di dalam istana.  Aku termasuk ke dalam 2 bilik tidur yang besar dan mewah sebelum aku menyedari ia satu kesalahan dan masuk ke 'common' room untuk memberitahu perkara tersebut kepada bitara bertugas.  Aku tersedar dari tidur pada pukul 2.35 pagi

No comments:

Post a Comment