Wednesday, November 13, 2013

14 November 2013: Jambatan kayu, khindzir kelabu dan kolej

Aku bermimpi aku berada di bawah satu jambatan kayu memmpunyai dua tangga kayu  khas untuk merentasi dua arah bertentangan, satu ke kiri dan satu ke kanan. Jambatan yang selalu kita jumpa di kawasan sungai macam kat Taman Tasik Titiwangsa itu. 

Sekonyong-konyong aku ternampak satu ekor khindzir kelabu sedang dilepaskan oleh seorang yang sangat aku kenal, seorang yang dah lama aku tak jumpa, kira macam sedaralah juga.  Jadi aku marah dan bercakap kepada dia sebab tidak menjemput aku ke majlis perkahwinannya tetapi cari aku selepas itu sebab nak pakai duit. Selepas puas aku memarahi dia, aku pun gegas berjalan ke arah khindzir kelabu itu dilepaskan (kanan).  Dia memakai baju biru/kelabu macam baju kerani dan cuba untuk mengejar aku. tapi aku semakin jauh berjalan.  Aku dapat rasakan aku ditimpa hujan halus (mist) tapi aku tak basah pula. 

Perjalanan itu ke arah sebuah bandar tapi permandangan semakin kabur macam ada kabus tebal gitu.  Aku rasakan aku berjalan sampai ke satu kolej.  Aku tekan butang lift dan ia membawa aku naik ke atas tingkat bangunan melepasi aras awan. Rupanya aku berjumpa dengan rakan-rakan kolej yang baru, dan menghadiri satu discussion dalam sebuah bilik berkaca. Habis perbincangan, kami pun masuk bersama ke sebuah lift untuk turun ke bawah.

Mimpi berakhir pada pukul 1.05 pagi dengan hadirnya bunyi guruh yang berdentum sekali sekala.

No comments:

Post a Comment