Tuesday, October 29, 2013

29 Oktober 2013: Igauan aku, kereta dan laptop

Dengan keadaan tergesa-gesa, aku  memandu kereta masuk ke sebuah kampung untuk membantu sepasang kekasih untuk melarikan diri dari dibunuh oleh seorang bomoh yang sangat berpengaruh.

Aku terserempak dengan seorang lelaki (tok bomoh A) yang tidak kukenali dan dia pun tak kenal aku, tapi dia banyak bertanya aku apa yang aku buat di situ dan aku cuba bagi alasan aku tak ada kaitan dengan dia.  tapi sebenarnya aku tahu apa sebab aku di situ dan aku sebenarnya nak elak sepasang kekasih dari diapa-apakan olehnya (mungkin dibunuh olehnya) dan aku pun bawa kereta ke satu tempat dalam kampung yang sama tapi jauh di hujung kampung.

Kedua pasangan itu bercinta dan tok bomoh A adalah tunang yang dipaksa ke atas perempuan itu. tak lama selepas aku sampai dan bercakap dengan pasangan tersebut, kelihatan tok bomoh itu berjalan kaki laku menuju arah rumah tersebut.  Dalam kejadian itu pasangan tersebut dapat lari bertempiaran dan aku sempat nasihat pasangan perempuan untuk lari ke dalam sebelum terserempak dengan tok bomoh .  Kelihatan ada tiga jenis pisau kebetulan berada di depan rumah (bahagian tengah ialah sabit) dan tuan bomoh mencapai pisau hitam bentuk segi tiga hitam di sebelah kiri sekali sebelum masuk ke dalam.  Aku secara intuitif cuba mengelak kejadian amuk dengan melompat di kawasan luar capaian tok bomoh tersebut dan diam seketika.  Nampaknya perempuan itu juga dapat larikan diri kerana sebentar kemudian kelihatan tok bomoh keluar dan menyumpah seranah dan aku nampak dia bergegas balik sambil bercakap secara munafik kepada mereka yang tunggu untuk lihat kejadian tersebut.  tok bomoh didapati tidak perasan tentang kehadiran aku di situ. 

Selepas dia beredar, aku secara perlahan-lahan lari menerusi sebuah sekolah...waktu pada masa itu agak gelap dan basah.  Aku nampak banyak kawasan berpasir dengan penyodok di sana sini (mungkin ada kerja-kerja pembinaan/ pengindahan sekolah sedang berlaku.

Masalah bermula apabila aku tertinggal bag laptop dan kereta (aku terlupa aku parking di mana).  aku ingatkan aku dah sampai ke tempat parking keretaku tapi rupanya bila aku ingat-ingatkan balik, ia berada di kawasan kejadian pertama itu.  Dengan paniknya aku cuba jalan pintas bawah jambatan yang akhirnya membawa aku sampai ke rumah tok bomoh.
 
Dari luar tingkap aku menjenguk ke dalam rumah kayu itu di mana ada 3 watak jahat ABC (termasuk tok bomoh) sedang mengajar budak lelaki untuk aktiviti seks songsang (???) dan diselamatkan oleh seorang ibunya yang mengetuk bilik.  aku berjaya berada di belakang budak tersebut dan dapat keluar dari bilik bersama budak-budak itu tanpa disoal oleh 3 orang jabat tersebut.  Sang ibu kemudian bawa anak keluar dan bertanya dengan anak tentang aktiviti lain yang kurang sihat kelihatan ada seorang dari watak terebut (B) masuk semula dari arah pintu depan dengan muka tidak puas hati, dan aku dapat fikirkan mungkin B keluar dari tingkap dan masuk semula ikut pintu depan. aku berpisah dengan ibu dan anaknya kemudian aku cuba lari berasingan untuk mencari kereta aku itu dan tetiba aku tersalah arah ke atas (mendaki) dan terpaksa turun secara vertical (atas ke bawah).

Sampai sahaja aku di bawah, aku terus lari dan tekan butang kereta untuk mengesan keretaku.  AKhirnya aku nampak sesuatu yang menyala.  aku ingat itu mestilah keretaku. dapati kereta aku bersebelahan dengan sebuah kereta lain.  demi keselamatanku, aku minta tolong seorang pakcik tuan punya kereta lain itu kerana aku ternampak beg laptop aku yang berat itu berada di atas kereta ku.  aku ternampak dua orang jahat (A dan C )berada di bahagian sebelah kereta itu.  C menyergahku tapi oleh kerana melihat ada seorang pakcik di sisiku dia tidak mengapa-apakan aku. C lantas berbual-bual dengan A di sebelah kereta yang satu lagi pakcik itu membantu mengambil bag laptop, tetapi apabila ia diturunkan ia jenis bimbit hitam bukan beg laptop pikul yang biasa aku bawa.  aku merayu kepada pakcik itu agar ambil beg laptop pikul itu kerana banyak kerja-kerja aku dalam beg tersebut dan aku pun sedar dari mimpi pada pukul 12.30 malam.

No comments:

Post a Comment